Monday, June 8, 2009

Kelahiran yang dinanti,,,MHK



Tanggal 7 Januari 2009.. memberi sejuta kegembiraan kepada mama dan babah.. Kelahiran ku amat ditunggu-tunggu oleh semua orang... Mama amat teruja dan tertunggu-tunggu bagaimanakan kelahiran ku nanti.....tetapi disebalik itu, banyak kisah duka mama dan babah sepanjang menanti kewujudan ku di dunia.....


Mama disahkan mengandung pada April.. setelah aku berada di rahimnya sejak 6 minggu...Apabila babah mengetahuinya lantas babah terus mencampakkan sekotak rokok ke dalam longkang. Babah tekad dan berazam untuk terus berhenti merokok. Alhamdulillah sehingga kini babah tidak lagi merokok.


Mama mengalami alahan yang agak teruk, Macam mana pun alahan yang dihadapinya.. mama terus bersabar dan redha kerana amat menantikan kehadiran ku.


Akhirnya pada 10 Muharram 1430H jam 4.30 petang aku selamat dilahirkan secara pembedahan... ada cerita disebalik pembedahan tersebut... Aku sepatutnya dijangka dilahirkan pada 31 Desember 2009.. Namun kuasa Allah aku tetap juga tiada gesaan untuk dilahirkan... Mama seperti biasa menjalankan rutin hariannya.. Masih sempat lagi menghadiri mesyuarat sekolah dan bersekolah pada sesi persekolahan pada 2009. Doktor menasihatkan mama ke hospital pada 6 Januari 2009. Mama dimasukkan ke wad dan doktor telah memberi ubat induce (gesaan kelahiran) sebanyak 2 kali. Namun aku masih lagi tidak mahu lagi keluar.. Seronok rasanya berada dalam perut mama agaknya..Mama dengan penuh debaran menantikan kesakitan yang dirasai sebagaimana yang dialami ibu-ibu yang melahirkan anak. Namun kesakitan itu masih tidak dirasai. Akhirnya doktor menasihatkan babah dan uwan (yang setia menanti kelahiran ku) agar mama dibedah untuk mengeluarkan ku... kerana aku telah terlebih hari didalam perut , dan takut keadaan ku lemas dan boleh menjejakan keselamatan diriku.



Di hati mama sedikit pun tidak merasa takut atau gerun dengan pembedahan. Malahan rasa tidak sabar..
Tepat jam 3.45 petang mama masuk ke dalam bilik bedah dengan sendirinya membaringkan diri untuk sedia di operasi... Kesakitan mama tidak terasa.. Babah setia menemani mama ketika itu...



Akhinya tepat jam 4.30 petang 10 Muharram aku selamat dilahirkan dengan berat 3.65 kg


Alhamdulillah mama dan babah panjatkan kesyukuran kepada Allah.. Akhirnya doa mereka diperkenankan...amin.. di PUSRAWI KOTA DAMANSARA..,.....



No comments:

Post a Comment