Sunday, May 16, 2010

Bermula semula...

Sudah setahun meninggalkan bloq ini.....
Kenapa tiba-tiba terpanggil untuk menulis di bloq ku yang terlalu lama ku tinggalkan...ermmm mungkin banyak kisah-kisah yang bermain difikirkan hendak dikongsikan bersama...

Kini kehidupan aku telah banyak berubah...banyak suka duka yang  telah dilalui.. mungkin tidak sama dengan orang lain.. tetapi itulah pengalaman yang mematangkan diri kita...

Keluarga...
Jika dulu aku hidup berdua bersama suami ku.. Kini kehadiran Hadif,, telah banyak menceriakan hidup kami.. Hadif pun hendak mencecah umur setahun setengah... pesan mak.. didiklah Hadif menjadi insan yang mulia.. masa sekaranglah hendak asuh betul budak tu.. jangan lambat... setiap perlakuan ibu-bapa akan dicontohinya.. maka berbuat baiklah selalu.. anak akan mencontohinya...Pesan mak kepada aku..

Kerjaya...
Alhamdulillah.. kerjayaku sebagai seorang guru.memberikan kepuasan dalam hidup ku... Mungkin latar belakang keluarga ku.. menyebabkan aku tidak kekok dengan kerjaya ini.. Inilah jalan yang Allah tunjukkan kepada ku dalam duni perkerjaan yang selama ini aku pohon rezeki kepada Nya.. hampir 3 tahun aku menganggur mencari arah tuju..Kini telah hampir 3 tahun aku berkhidmat di SKBSD1...

Kehidupan...
Yang aku mampu katakan.. alhamdulillah..banyak yang dialami..
Rupanya selama ini Allah bagi dugaan yang hebat dalam hidup ku.. Sebenarnya.. Allah hendak berikan sesuatu yang amat berharga buat ku di hujung tahun 2009...

banyak sangat tulis.. nanti jarang plak nak tulis lagi.. simpan-simpan kisah2 itu di kotak fikiran lagi.. nnt sambut kisah untuk bercerita....

Friday, February 5, 2010

Terlalu lama tidak bercerita.............

Aku suka baca ikuti kisah bloq orang, tetapi blog sendiri tak update.....tulah pasal.. malu mahu khabar-khabar blog pada kawan-kawan... hehe.. tak apalah tahun ni aku berazam untuk memajukan bloq ini.. insyaallahh

Tuesday, July 21, 2009

Mama.. Babah.. nak balik kampung !!!!


Babah Mama...bila nak balik kampung NOGORI ni... jomlah balik.. Rindulah ngan atuk dan uwan...Uwan ngan atuk pun mungkin rindu ngan Hadif....

Musim buah-buah ni...Uwan kata semua ada... manggis, rambutan, durian dan langsat.. macam best jer mama... Hadif dah rasa durian... sodap... manggis hadif rasa sakit perutlah.. mungkin baru-baru lagi.. perut bayi tak matang lagi...hehe.. tak apa tunggu hadif besar sikit nanti hadif panjat pokok manggis dan rambutan tu...

** Mama pokok manggis tu tempat mama lepak dulukan masa kecik2.hehe..

Terima Kasih Pak Cik Sapuan FRIM

Hari baru bermula.......Terima kasih banyak-banyak kepada Pak Cik Sapuan kawan babah yang kerja kat FRIM. Babah kenal Pak Cik Sapuan ni sebab sama-sama menyewa rumah kat Taman Ehsan Kepong.. masa babah bujang dulu.. Tapi Babah masih kawan lagi..

Oppss!! kenapa harus ucap terima kasih kat Pak Cik Sapuan kerana hadiahkan Hadif Walker.Yeah Hadif dah boleh jalan-jalan.. tak perlu nak merangkak.. Babah dan mama tak perlu lagi nak kejar habis bila merangkak....
Pak Cik Sapuan ni bilalah nak kawin. Cepat-cepatlah..ok.. Nanti kalau dah kawin leh Hadif duduk rumah Pak Cik Sapuan. k...
TERIMA KASIH>>>>
Love U





Thursday, July 16, 2009

Babah ku Chef........






Tak ada benda yang nak dipost kat sini....Babah pandai ukir buah-buahan........


Tapi Hadif nak letak gambar ni.. sebab cuit sangat..Bukan nak promote Babah.. tapi Hadif bangga Babah ada kemahiran halus bab-bab mengukir ni..... hehe.. Nak belajar ngan Babah nanti,,, rugi kalau ilmu ni tak dipelajari...





Wednesday, July 15, 2009

Duhai Cinta


Salam...Dah lama tak post dalam bloq ni... mama dan babah agak sibuk melayan kerenah Hadif yang semakin membesar.. Pejam celik, pejam celik dah 6 bulan Hadif ada kat dunia yang penuh dengan COBAAn ini...Hidup mama dan Babah kini tidak sesunyi dahulu lagi....dengan adanya Hadif...



* Hadif


lagu ni MAMA tujukan buat Hadif tersayang.....


Duhai Cinta


By Erra Fazira

Masa kunanti akhirnya tiba
Menatap wajah manja
Yang telah terkandung lebih 9 bulan purnama
Duhai cinta
Belahan jiwa
Banyak yang ingin kucerita
Saat kelahiran kusambut penuh kesyukuran
Kau berikan kebahagiaan
Kasih sayang tiada tandingan
Puteraku…
Tidurlah manja, tidurlah nyawa
Kudendang lagu untukmu
Ingin kutatap wajahmu hingga dewasa
Duhai cintaKu…
Diiringi doa-doaku
Sihat sentiasa
Agar dikau boleh berjasa
Hiaskanlah jiwa ragamu dengan kemuliaan, sayangku
Setiap waktuku awasi dirimu
Agar kau selamat dalam dakapanku
Bila kau dewasa
Jadilah insan yang berguna
Hiaskanlah jiwa ragamu
Dengan kemuliaan sayangku
Duhai cintaku..oh puteraku.........
MUHAMMAD HADIF KHAIR


Monday, June 22, 2009

Selamat hari bapa... babah...

Babah... Selamat hari bapa....Walaupun babah terpaksa berkerja di hari bapa.. dan tidak dapat bersama mama.. Namum kami doakan bapa sentiasa sihat dan ceria hendaknya...kami merindui babah...
Lagu ni untuk babah...

Sentuhanmu
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..

Album : Damba KasihMunsyid : In-Team